Monday 14 January 2013

Salam kepada semua yang sedang membaca entry ini. Bagi kelas-kelas, team-team, geng rewang , kelab-kelab atau sesiapa sahaja yang nak tempah baju bolehlah tengok katalog - katalog kat bawah ni. Buat masa ni saya cuma membekalkan jenama Gildan, OrenSport, Change & FourSquare sahaja buat masa ni. Insyaallah beberapa jenama lain lagi akan ditambah dari masa kesemasa.


Bagi yang tak minat nak buat printing dengan saya, cuma nak baju tee kosong sahaja pun boleh, minimum order 10 helai sahaja, lebih pun boleh tak de masalah lagi banyak lagi bagus, harga pun mungkin boleh runding lagi insyallah.

Kalau dah jumpa baju yang minat dalam katalog - katalog tu, emailkan pada saya kodnyer dan saya akan bagitau harganya. Kalau nak serkap jarang style pun boleh jugak, bagitau jer berapa bajet korang untuk sehelai baju kosong (RM 10 ke atas) dan saya akan emailkan kod-kod baju dalam lingkungan harga tu. Kalau nak tau kos printing jangan lupa emailkan sekali dengan designnya. Senang jer.

Ok macam biasa kalau ade apa-apa kemusykilan contact jer. JOM PRINT T-SHIRT.

Wednesday 28 November 2012

Sebelum hari raya haji yang lepas saya dapat tempahan dari budak-budak kelas 4pg SMK Tasek Damai, terima kasih semua. Diorang nak print design depan belakang siap ada nama setiap orang lagi pada lengan baju. Design asal yang budak-budak ni bagi rasa macam tak berapa sesuai sangat, so saya propose 2 design 3 kaler pada diorang, diorang ok so saya pun print. Upah design saya tak ambik pun sebab design simple jer terus pakai illustrator, tak payah nak scan tak payah nak trace atau apa-apa jadi boleh kawtim sikit.

Sebab tak buat lagi meja printing terpaksa la saya convertkan meja makan buat printing table. Mengamuk jugak bini saya bila dia tengak apa dah jadi pada meja makan tu. Tak cukup dengan meja lantai pun jadi keh keh keh. Jangan risau lantai saya bersih. Kalau korang nak tau ni perkara biasa la bagi sesetengah printer, masalahnyer kalau buat atas lantai ni boleh patah pinggang jugak dibuatnyer, sebab tu orang buat atas meja. Pada korang yang baru nak mula business printing ni (macam saya) kalau tak der bajet nak beli/buat printing table tu, buat atas lantai dulu je la, tapi pastikan bersih, kalau tak nanti customer complain pulak.





Kalau ader sesiapa yang berminat nak buat t-shirt kelas, jangan malu jangan segan email/sms/call jer. JOM PRINT T-SHIRT.

Salam
Faizal

Wednesday 21 November 2012

Salam semua. Dalam post kali ni saya nak jelaskan berkenaan beza antara kaedah heat press dan jugak silkscreen. Bagi sesiapa yang tak pasti nak pilih kaedah printing yang mana satu diharapkan artikel ni akan mambantu sedikit sebanyak dalam membuat pilihan.

Heat Press
Kaedah ni memerlukan mesin pemanas khas untuk memindah image daripada kertas yang khas juga yang di print daripada printer biasa yang juga menggunakan dakwat khas kepada t-shirt. Mesin heat transfer ni lebih kurang macam saterika baju yang kita selalu pakai kat rumah tu cuma bentuk dia lebih besar, cuba google tengok. Kaedah ni pulak terbahagi kepada 2 setakat pengetahuan saya la. Yang pertama dipanggil sebagai kaedah "Sublimation" manakala yang kedua dipanggil "Heat Tranfer".

Kaedah sublimation ni cuma boleh digunakan untuk transfer gambar ke atas fabric yang selain dari cotton, contohnya seperti fabric polyester, microfibre dsbg. maksudnya kalau print atas kain cotton gambar akan jadi kabur, silap-silap tak lekat langsung. Boleh juga guna fabric campuran cotton dan polyester tapi hasilnya mungkin tak memuaskan (bergantungjuga  kepada cara fabric tersebut ditenun). Satu lagi kaedah sublimation ni cuma boleh buat pada baju yang warna cerah-cerah jer, hitam memang tak boleh langsung, putih adalah yang paling sesuai. Keistimewaan kaedah ni adalah warna dia kekal sebab proses sublimation ni akan dye warna terus dalam fabric dan takkan tanggal warna dia.

Tiada had warna yang boleh diprint kalau guna kaedah ni, maknanya warna banyak atau 1 warna sahaja pun harganya sama jer. Harga ditentukan oleh saiz sesuatu imej yang akan diprint nanti, lagi besar saiz imej maknamya lagi mahal harganya.

Satu lagi kedah heat press ni adalah "Heat Tranfer". Kaedah ni lebih kurang jer macam sublimation tapi lebih mahal sikit sebab kos kertas dia pun jauh lebih mahal. Warna yang boleh diprint juga tak terhad cuma istimewanya kaedah ni boleh digunakan pada sebarang jenis fabric samada cotton atau bukan cotton. Kelemahan kaedah ni pulak adalah setelah beberapa kali basuhan yang keras, cetakan mungkin akan jadi pecah-pecah. So cara basuh nak kena jaga kalau pilih kaedah printing yang ni.

Buat masa ni saya cuma offer kaedah yang pertama sahaja dulu ("Sublimation") dan tiada minimum order dikenakan, maknanya sehelai pun boleh kalau nak order. Kaedah heat transfer tu insyaallah bakal menyusul...

Silkscreen
Kaedah ni pulak lebih complicated berbanding dengan kaedah heat transfer sebab banyak benda yang nak kena prepare sebelum boleh print. Sebab tu saya tak boleh nak ambil order 1 helai jer kalau customer pilih cara ni, sebab kos dia akan jadi terlalu mahal dan customer pun mungkin rasa macam tak berbaloi jer. Paling kurang pun 5 helai boleh la saya terima, baru boleh pulang modal sikit.

Kerja buat silkscreen ni kena kerah tenaga yang banyak jugak la, silap haribulan boleh demam jugak kalau kena print kena banyak sangat. Satu nak kena prepare blok/stensil, lagi banyak color/design guna, lagi banyak blok nak kena buat & lagi banyak layer color nak kena tarik. Tapi yang bagusnya kalau pakai kaedah ni tak ada had jenis fabric yang boleh digunakan, semua boleh masuk tak kira polyester ker, cotton ker atau ape ape jer.

Kos bagi kaedah silkscreen ni biasanya bergantung kepada saiz imej dan jugak bilangan color yang digunakan, lagi besar imej & lagi banyak color, lagi mahal lah harga baju tu.

Harap-harap dengan penerangan kat atas tu korang ada idea tentang kaedah mana satu nak pilih masa nak buat tempahan nanti. Apa-apa hal pun contact jer. JOM PRINT T-SHIRT.

Salam
Faizal
Salam semua, kali ni saya nak bagitau pulak cara-cara nak order baju dan cenderahati custom print dari saya (kalau minat lah). Info di bawah ni saya sediakan sebagai panduan, kalau ada apa - apa yang tak jelas boleh email terus kemusykilan korang.

Baju / Cenderahati Heat Press
Untuk kategori yang tak ada minimum order quantiti (MOQ) dikenakan. 1 helai/keping pun boleh tak der masalah punyer. Tapi macam biasa lah order banyak lagi murah dari order 1 jer. Perkara-perkara yang diperlukan semasa membuat tampahan adalah seperti berikut:

1.Design yang nak di print
2.Print medium (T-Shirt,Mug,Pinggan,Sarung Bantal,Mouse Pad dsbg)
3.Warna medium (jika berkaitan)
4.Saiz printing (jika berkaitan)
5.Kuantiti

Baju Silkscreen 
Untuk kategori yang ni ada MOQ sebab melibatkan banyak kos masa nak setup printing. Biasanya paling sikit yang saya berani ambil adalah 5 helai dan keatas. Kalau korang nak order 1 pun boleh cuma harga dia akan jadi agak mahal la sikit, macam biasa jugak lah, lagi banyak order lagi murah. Ok untuk yang ni perkara-perkara yang diperlukan adalah seperti kat bawah ni:

1.Design-design yang ingin di print.
2.Lokasi design akan di print (jika berkaitan)
3.Saiz printing
4.Warna baju atau pilih baju dari katalog.
5.Bilangan warna
6.Kuantiti
7.Tarikh diperlukan

Setelah semua maklumat-maklumat yang diperlukan saya terima, saya akan emailkan quotation harga. Kalau rasa harga yang saya bagi tu murah sangat, kira untung koranglah tu, saya rugi, tak per sekali sekala buat amal jariah. Tapi kalau korang rasa harga tu agak tinggi, kita boleh nego lagi tak der masalah. Kita nego sampai sama-sama untung. Kalau customer mintak harga yang melampau rendahnyer mintak maaf lah terus terang cakap saya tak berani nak ambik job tu.

Masa siap pulak bergantung kepada kepayahan kerja dan jugak stok item. Saya biasanya tak simpan stok baju & cenderahati awal-awal, bila ada request baru saya akan order. Untuk barang-barang heat press biasanya akan ambil masa antara 3-7 hari, untuk barang-barang silkscreen pulak ambil masa 1-2 minggu mungkin lebih bergantung pada kuantiti jugak lagi banyak mungkin lagi lama masa diperlukan untuk siap.

Kos penghantaran adalah percuma keseluruh negara termasuk Sabah & Serawak. Maknanya korang ambil sendiri ker atau saya hantarkan pakai poslaju ker, total harga dia sama ja, tak lebih tak kurang. Amacam Ok?

Ok lah ape-ape hal jangan malu & segan contact jer. JOM PRINT T-SHIRT.

Salam
Faizal




Dalam pos yang pertama ni saya nak intro sikit lah pasal blog ni. Mana tau kot - kot ada yang konfius dengan isi kandungan yang bakal di tonjolkan dalam blog saya ni pada masa ni dan masa-masa yang akan datang.

Blog ni adalah blog tentang "Custom T-Shirt Design" a.k.a "Printing T-Shirt", jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak buat printing tshirt tak kira la apa jenis t-shirt pun, baju rewang, baju kelas, baju korporat, baju event dan sebagainya lagi, jangan segan-segan jangan malu-malu boleh lah contact saya secara call/sms/email dsbg. Tapi bukan takat tshirt jer, kalau korang nak print mug, bantal, pinggan, cap pun boleh. Buat masa ni sebagai permulaan jenis-jenis cenderahati yang boleh saya print agak terhad kepada yang dinyatakan tadi jer, harap-harap akan bertambah lagi pada masa akan datang. Kalau ada apa-apa penambahan terbaru saya akan update kat sini.

Nak contact saya senang jer boleh email ker ginomesoldier@gmail.com atau sms/call 012-5697349. Saya lebih suka kalau korang pakai email jer sebab semuanya direkod senang nak ingat balik. Kalau nak datang kedai, terus terang cakap saya tak der kedai semua kerja-kerja buat kat rumah jer secara part-time dah kecil-kecilan, insyallah bila job dah banyak modal pun dah cukup bolehlah sewa kedai buat tapak business kot.

Dalam pos seterusnya saya akan cerita pulak cara-cara nak tempah t-shirt.Apa - apa hal contact jer. JOM PRINT T-SHIRT...

Salam
Faizal