Wednesday 21 November 2012

Cara Nak Buat Order

Salam semua, kali ni saya nak bagitau pulak cara-cara nak order baju dan cenderahati custom print dari saya (kalau minat lah). Info di bawah ni saya sediakan sebagai panduan, kalau ada apa - apa yang tak jelas boleh email terus kemusykilan korang.

Baju / Cenderahati Heat Press
Untuk kategori yang tak ada minimum order quantiti (MOQ) dikenakan. 1 helai/keping pun boleh tak der masalah punyer. Tapi macam biasa lah order banyak lagi murah dari order 1 jer. Perkara-perkara yang diperlukan semasa membuat tampahan adalah seperti berikut:

1.Design yang nak di print
2.Print medium (T-Shirt,Mug,Pinggan,Sarung Bantal,Mouse Pad dsbg)
3.Warna medium (jika berkaitan)
4.Saiz printing (jika berkaitan)
5.Kuantiti

Baju Silkscreen 
Untuk kategori yang ni ada MOQ sebab melibatkan banyak kos masa nak setup printing. Biasanya paling sikit yang saya berani ambil adalah 5 helai dan keatas. Kalau korang nak order 1 pun boleh cuma harga dia akan jadi agak mahal la sikit, macam biasa jugak lah, lagi banyak order lagi murah. Ok untuk yang ni perkara-perkara yang diperlukan adalah seperti kat bawah ni:

1.Design-design yang ingin di print.
2.Lokasi design akan di print (jika berkaitan)
3.Saiz printing
4.Warna baju atau pilih baju dari katalog.
5.Bilangan warna
6.Kuantiti
7.Tarikh diperlukan

Setelah semua maklumat-maklumat yang diperlukan saya terima, saya akan emailkan quotation harga. Kalau rasa harga yang saya bagi tu murah sangat, kira untung koranglah tu, saya rugi, tak per sekali sekala buat amal jariah. Tapi kalau korang rasa harga tu agak tinggi, kita boleh nego lagi tak der masalah. Kita nego sampai sama-sama untung. Kalau customer mintak harga yang melampau rendahnyer mintak maaf lah terus terang cakap saya tak berani nak ambik job tu.

Masa siap pulak bergantung kepada kepayahan kerja dan jugak stok item. Saya biasanya tak simpan stok baju & cenderahati awal-awal, bila ada request baru saya akan order. Untuk barang-barang heat press biasanya akan ambil masa antara 3-7 hari, untuk barang-barang silkscreen pulak ambil masa 1-2 minggu mungkin lebih bergantung pada kuantiti jugak lagi banyak mungkin lagi lama masa diperlukan untuk siap.

Kos penghantaran adalah percuma keseluruh negara termasuk Sabah & Serawak. Maknanya korang ambil sendiri ker atau saya hantarkan pakai poslaju ker, total harga dia sama ja, tak lebih tak kurang. Amacam Ok?

Ok lah ape-ape hal jangan malu & segan contact jer. JOM PRINT T-SHIRT.

Salam
Faizal




0 comments:

Post a Comment