Wednesday 21 November 2012

Heat Press vs Silkscreen

Salam semua. Dalam post kali ni saya nak jelaskan berkenaan beza antara kaedah heat press dan jugak silkscreen. Bagi sesiapa yang tak pasti nak pilih kaedah printing yang mana satu diharapkan artikel ni akan mambantu sedikit sebanyak dalam membuat pilihan.

Heat Press
Kaedah ni memerlukan mesin pemanas khas untuk memindah image daripada kertas yang khas juga yang di print daripada printer biasa yang juga menggunakan dakwat khas kepada t-shirt. Mesin heat transfer ni lebih kurang macam saterika baju yang kita selalu pakai kat rumah tu cuma bentuk dia lebih besar, cuba google tengok. Kaedah ni pulak terbahagi kepada 2 setakat pengetahuan saya la. Yang pertama dipanggil sebagai kaedah "Sublimation" manakala yang kedua dipanggil "Heat Tranfer".

Kaedah sublimation ni cuma boleh digunakan untuk transfer gambar ke atas fabric yang selain dari cotton, contohnya seperti fabric polyester, microfibre dsbg. maksudnya kalau print atas kain cotton gambar akan jadi kabur, silap-silap tak lekat langsung. Boleh juga guna fabric campuran cotton dan polyester tapi hasilnya mungkin tak memuaskan (bergantungjuga  kepada cara fabric tersebut ditenun). Satu lagi kaedah sublimation ni cuma boleh buat pada baju yang warna cerah-cerah jer, hitam memang tak boleh langsung, putih adalah yang paling sesuai. Keistimewaan kaedah ni adalah warna dia kekal sebab proses sublimation ni akan dye warna terus dalam fabric dan takkan tanggal warna dia.

Tiada had warna yang boleh diprint kalau guna kaedah ni, maknanya warna banyak atau 1 warna sahaja pun harganya sama jer. Harga ditentukan oleh saiz sesuatu imej yang akan diprint nanti, lagi besar saiz imej maknamya lagi mahal harganya.

Satu lagi kedah heat press ni adalah "Heat Tranfer". Kaedah ni lebih kurang jer macam sublimation tapi lebih mahal sikit sebab kos kertas dia pun jauh lebih mahal. Warna yang boleh diprint juga tak terhad cuma istimewanya kaedah ni boleh digunakan pada sebarang jenis fabric samada cotton atau bukan cotton. Kelemahan kaedah ni pulak adalah setelah beberapa kali basuhan yang keras, cetakan mungkin akan jadi pecah-pecah. So cara basuh nak kena jaga kalau pilih kaedah printing yang ni.

Buat masa ni saya cuma offer kaedah yang pertama sahaja dulu ("Sublimation") dan tiada minimum order dikenakan, maknanya sehelai pun boleh kalau nak order. Kaedah heat transfer tu insyaallah bakal menyusul...

Silkscreen
Kaedah ni pulak lebih complicated berbanding dengan kaedah heat transfer sebab banyak benda yang nak kena prepare sebelum boleh print. Sebab tu saya tak boleh nak ambil order 1 helai jer kalau customer pilih cara ni, sebab kos dia akan jadi terlalu mahal dan customer pun mungkin rasa macam tak berbaloi jer. Paling kurang pun 5 helai boleh la saya terima, baru boleh pulang modal sikit.

Kerja buat silkscreen ni kena kerah tenaga yang banyak jugak la, silap haribulan boleh demam jugak kalau kena print kena banyak sangat. Satu nak kena prepare blok/stensil, lagi banyak color/design guna, lagi banyak blok nak kena buat & lagi banyak layer color nak kena tarik. Tapi yang bagusnya kalau pakai kaedah ni tak ada had jenis fabric yang boleh digunakan, semua boleh masuk tak kira polyester ker, cotton ker atau ape ape jer.

Kos bagi kaedah silkscreen ni biasanya bergantung kepada saiz imej dan jugak bilangan color yang digunakan, lagi besar imej & lagi banyak color, lagi mahal lah harga baju tu.

Harap-harap dengan penerangan kat atas tu korang ada idea tentang kaedah mana satu nak pilih masa nak buat tempahan nanti. Apa-apa hal pun contact jer. JOM PRINT T-SHIRT.

Salam
Faizal

0 comments:

Post a Comment